BAJA BIO SEMULAJADI

FUNGSI GARAM

Garam adalah gabungan Na dan Ci merupakan salah satu komponen eletrolit yang sangat diperlukan oleh manusia, haiwan dan tumbuhan hijau.

 

Dalam sektor pertanian , penggunaan garam dapat meneutralkan tanah alkali dan tanah masam. Ia juga berfungsi  sebagai boster yang membantu  mentranformasikan baja dalam tanah agar dapat diserap lebih cepat oleh tumbuhan melalui akar.

 

Garam pertanian dapat menyuburkan tanah secara semulajadi dan juga dapat digunakan dalam waktu yang lebih lama dan bertahan  lebih lama dalam tanah.

 

Unsur utama dalam garam seperti Sodium ( Na+) dan Klorin (Ci- ) adalah merupakan unsur mikro yang dapat dimanafaatkan secara langsung oleh pokok tanaman. Unsur ini  diperlukan untuk memperkaya mikrogarnisme dalam tanah.

 

NaCi ini dapat meningkatkan kandungan air dalam tanah agar  sentiasa lembab dan tidak mudah hidrasi/ kering semasa musim kemarau.

 

 

BAJA BIO

Kelebihan Baja Bio

 

 

Menghasilkan Tanaman yang lebih subur, daun yang lebat dan menguatkan batang serta akar yang tidak mudah diserang penyakit.

 

Meningkatkan hasil & kualiti tuaian.

 

Sesuai pada tanah gambut, liat berpasir dan tanah bukit.

 

Mudah diserap oleh tanah tidak memerlukan air yang banyak sekadar kelembapan persekitaran semulajadi/embun.

 

Mengekalkan struktur tanah secara semulajadi.

 

Untuk Tanaman Kelapa sawit, Kelapa dan Tanaman Pokok buah-buahan berakar tunjang.  

 

Sesuai untuk Tanaman Pertanian seperti Pisang, Betik, Nenas, Tebu, Jagung & Serai.